REALITI MAYA (VR)
- Fauzan Shahidan
- Sep 15, 2017
- 2 min read
PENGENALAN REALITI MAYA (VR)
Realiti maya atau virtual reality merupakan sejenis kesan khas yang membolehkan suatu alam maya dibentuk yang seterusnya membolehkan pengguna tersebut benar-benar merasai seakan akan berada di dalam alam tersebut. Alam lain dari alam yang nyata.

Maksud Realiti Maya ataupun Virtual Reality yang di petik dari dalam buku "The Silicon Mirage" adalah: “Virtual Reality ialah kaedah di mana manusia gambarkan (visualise), manipulasi dan berinteraksi dengan komputer dan data kompleks.”
Realiti Maya adalah satu simulasi komputer yang menggabungkan beberapa aspek deria. Tetapi tidak semua deria akan terlibat dalam penggabungan tersebut.
Persekitaran Realiti Maya 3D yang dijanakan oleh komputer membolehkan para pengguna mengambil bahagian dalam dunia maya tapi dalam masa nyata. Persekitaran Realiti Maya boleh di kategorikan kepada 3 bahagian iaitu :
a) Imersif Sepenuhnya
b) Augmentation kepada dunia sebenar
c) Melalui tetingkap Dunia (Window's World)
Konsep-konsep yang merujuk kepada Realiti Maya
a) Artificial Reality
b) Cyberspace
c) Virtual Reality
d) Virtual World
e) Virtual Environments
f) Synthetic Environment
SEJARAH REALITI MAYA (VR)
1962 - Morton Heilig mencipta Sensorama

1966 - Thomas A. Fumes III memperkenalkan Super Cookpit yang merupakan sebuah simulator penerbangan visual untuk tentera udara.

1968 - Ivan Sutherland telah mencipta Sword of Damocles iaitu Headset VR yang pertama

1977 - MIT mencipta Aspen Movie Map yang membolehkan pengguna mengambil bahagian dalam pengembaraan virtual yang sangat hebat.

1982 - Makmal Penyelidikan Atari Sunnyvale yang di ketuai oleh Alan Kay di wujudkan untuk meneroka lebih dalam mengenai Realiti Maya


1990 - Jonathan Waldern telah menjumpai Virtuality iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan alat pendengaran arked.
1994 - SEGA telah memperkenalkan SEGA VR-1 iaitu sebuah Head Tracking VR device.
2011 - Valve melancarkan usaha membuat alat pandang dengar VR yang sepenuhnya imersif.

2012 - Oculus Crowdfunds 2.4mils, menjanjikan pembangunan alat pandang dengar VR bernilai RM300.

2014 - Google melancarkan Cardboard a do-it-yourself VR headset kepada pengguna
PENGGUNAAN TEKNOLOGI REALITI MAYA (VR) DALAM KERJA SEHARIAN SEBAGAI SEORANG PENOLONG PEGAWAI SAINS DAN STAF UNIVERSITI.
Teknologi VR adalah sebuah teknologi yang sedang pesat membangun. Antara cadangan penggunaan VR dalam kerja sebagai seorang Penolong Pegawai Sains dan staf Universiti:
1. Makmal VR - Pengajaran di laksanakan dalam Lingkungan Maya. Makmal Virtual di sediakan untuk pengajaraan, tetapi untuk ujikaji pelajar perlu hadir ke makmal seperti biasa.
2. Proses Ujikaji VR - Ujikaji makmal juga di sediakan dalam bentuk VR. Sebelum menjalankan Ujikaji sebenar, pelajar perlu menjalani simulasi ujikaji VR. Kebaikan dapat mengurangkan risiko hazard.
3. Mesyuarat VR - Sentiasa berlaku tidak dapat hadir mesyuarat kerana bertugas di makmal, Mesyuarat boleh di adakan bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.
Tidak dapat di nafikan lagi bahawa suatu hari nanti segala bentuk pekerjaan atau interaksi boleh di lakukan di dalam dunia Realiti Maya. Pada masa ini sememangnya banyak peralatan yang di perlukan untuk menghasilkan Realiti Maya.
Tidak mustahil lepas ini dengan hanya memiliki sebuah kanta cermin mata kita sudah boleh berada di ruangan dunia maya.
Comments