AUGMENTASI REALITI (AR)
- Fauzan Shahidan
- Sep 15, 2017
- 4 min read
PENGENALAN AUGMENTASI REALITI
Augmented Reality atau dalam Bahasa Malaysia Augmentasi Realiti atau singkatannya AR adalah teknologi yang mengabungkan digital content secara real time. Menurut Ronald T. Azuma (1997) definasi Augmentasi Realiti adalah "an environment that includes both virtual reality and real-world elements. For instance, an AR user might wear translucent goggles; through these, he could see the real world, as well as computer-generated images projected on top of that world."
Augmentasi Realiti menggunakan kamera pada komputer atau smartphone sebagai refleksi dari dunia nyata, sedangkan dunia maya itu sendiri merupakan digital content seperti imej 2D, video, atau animasi 3D.
Haller, Billinghurst, dan Thomas (2007), telah menjelaskan bahawa kajian Augmentasi Realiti bertujuan untuk mengembangkan teknologi yang membolehkan penggabungan secara real-time terhadap digital content yang dibuat oleh komputer dengan dunia nyata. Augmentasi Realiti memperbolehkan pengguna melihat objek maya 2D atau 3D yang dipaparkan terhadap dunia nyata.
Augmentasi Realiti menggunakan lingkaran nyata sekitar yang sedia ada kemudian menambah informasi ke atasnya. Istilah Augmentasi Realiti ini pertama kali di gunakan oleh seorang penyelidik dari Boeing iaitu Thomas Caudell pada tahun 1990.
Google Glass dan Smart Screen Display yang berada di cermin depan kereta adalah antara produk Augmentasi Realiti yang banyak di gunakan sekarang. Augmentasi Realiti ini juga telah luas pengunaanya dalam bidang kesihatan, keselamatan awam, pelancongan dan pemasaran.
Augmentasi Realiti di bahagi kepada 2 Jenis:
1. Augmentasi Realiti ber"Marker"
Marker ialah lukisan yang di cetak pada kad atau kertas. Marker ini akan di imbas dan imej akan terpapar. Imej yang di paparkan adalah digital content yang telah di suaikan dengan marker tersebut.

2. Augmentasi Realiti tanpa "Marker"
Augmentasi Realiti tanpa "Marker" adalah antara teknik AR yang sedang pesat membangun. Melalui teknik ini, pengguna AR tidak lagi memerlukan "marker" untuk memaparkan elemen digital mereka. Total Immersion and Qualcomm adalah syarikat terbesar dalam membangunkan Augmentasi Realiti telah mencipta pelbagai tracking tanpa "marker" antaranya adalah :
(a) Face Tracking - Mengesan wajah manusia

(b) 3D Object Tracking - Mengesan segala jenis objek 3D

(c) Motion Tracking - Mengesan pergerakan

SEJARAH AUGMENTASI REALITI
Konsep Augmentasi Realiti di perkenalkan oleh seorang cinematographer iaitu Morton Heilig pada tahun 1950an. Ketika itu Augmentasi Realiti memerlukan alat yang besar sebagai alat peranti output. Peranti output itu perlu di pasang pada tubuh badan kita (kepala). Peranti ini di kenali sebagai HMD iaitu Head Mounted Device.
HMD pertama di hasilkan di Havard University oleh Ivan Sutherland pada tahun 1968.

Tahun 1975 Myron Krueger menemukan Videoplace yang membolehkan pengguna, berinteraksi dengan objek virtual untuk pertama kalinya.

Tahun 1992 perkembangan Augmentasi Realiti menyebabkan sistem pesawat Boeing dapat di tambah baik. Pada tahun yang sama, LB Rosenberg telah mengembangkan salah satu fungsi sistem Augmentasi Realiti, yang disebut Virtual Fixtures. Ia telah digunakan di Angkatan Udara AS Armstrong Labs, dan Virtual Fixtures ini telah menunjukkan manfaatnya pada manusia.

ARToolkit telah dibangunkan oleh Hirokazu Kato pada tahun 1999 di HITLab dan di perkenalkan pada tahun 2000 di SIGGRAPH

Wikitude AR Travel Guide, memperkenalkan Android G1 Telephone yang berteknologi AR pada tahun 2008. Manakala pada tahun 2009 Saqoosha telah telah memperkenalkan FLARToolkit. FLARToolkit adalah perkembangan dari ARToolkit. Melalui FLARToolkit kita boleh memasang teknologi Augmentasi Realiti dalam laman sesawang kerana objek yang di hasilkan oleh FLARToolkit adalah dalam bentuk flash.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI AUGMENTASI REALITI DALAM KERJA SEHARIAN SEBAGAI SEORANG PENOLONG PEGAWAI SAINS DAN STAF UNIVERSITI.
Teknologi AR adalah sebuah teknologi yang baru. Antara cadangan penggunaan AR dalam kerja sebagai seorang Penolong Pegawai Sains dan staf Universiti:
1. Pelabelan Peralatan Makmal - Peralatan makmal akan di labelkan dengan marker Augmentasi Realiti. Apabila marker di imbas kita akan memperolehi maklumat mengenai peralatan tersebut seperti bagaimana cara pengunaan peralatan atau bagaimana cara penjagaan peralatan.
2. Pelabelan Bahan-bahan Makmal - Bahan-bahan yang ada di dalam makmal akan di labelkan dengan marker Augmetasi Realiti. Apabila marker di imbas kita akan memperolehi maklumat mengenai bahan tersebut seperti adakah bahan masih boleh di gunakan atau telah tamat tempoh.
3. Peraturan Makmal - Peraturan Makmal di label dengan marker Augmentasi Realiti. Ini memudahkan pelajar mereka tidak perlu membaca tetapi hanya perlu mendengar sahaja sebaik mereka mengimbas marker yang terdapat pada Peraturan Makmal.
4. SOP Peralatan - SOP peralatan di label dengan marker Augmentasi Realiti. Pelajar boleh terus melihat video bagaimana SOP untuk menggunakan peralatan. Ia secara tidak langsung mengurangkan risiko kemalangan
5. Alat Pemadam Api - Alat ini memang wajib ada di setiap makmal. Ia juga patut di labelkan dengan marker Augmentasi Realiti. Sebaik sahaja marker di imbas kita dapat lihat video bagaimana hendak menggunakan pemadam api.
6. Signage Makmal - Signage di label dengan marker, Pelajar boleh mengetahui fungsi makmal dengan hanya mengimbas pada marker
7. Signage Bilik Pensyarah - Signage di label dengan marker. Pelajar atau pelawat boleh mengetahui maklumat pensyarah dengan hanya mengimbas marker.
8. Jadual Makmal - Marker di letak jadual. Pensyarah dan pelajar boleh mengetahui maklumat berkaitan jadual dengan hanya mengimbas pada marker.
Sesungguhnya Augmentasi Realiti memang akan memainkan peranan yang penting dalam dunia ini. Teknologi ini memudahkan segala urusan. Segalanya di hujung jari. Dengan sedikit gadget kita sudah boleh menggunakan teknologi ini. Kita di Malaysia juga sedang berkembang dalam penggunaan Teknologi Augmentasi Realiti. Antara Augmentasi Realiti yang terkini boleh kita dapat adalah Kad Hari Raya POS Malaysia.
Comments