top of page

Tutorial AR

  • Writer: Fauzan Shahidan
    Fauzan Shahidan
  • Sep 12, 2017
  • 2 min read

Tugasan Individu T0002 - Teknologi Maklumat 2

Hasilkan tutorial dalam webpage untuk menerangkan bagaimana untuk menghasilkan satu aplikasi mudah Augmentasi Realiti (AR) menggunakan ENTiTi.


Langkah pertama yang perlu di lakukan adalah memuat turun perisian Entiti Creator. Perisian ini boleh di perolehi di laman web :


Klik pada pautan tersebut akan membawa kita ke laman web tersebut. Perisian yang hendak di muat turun mesti mengikut Operating System computer masing-masing sama ada untuk MAC atau PC

Apabila telah muat turun, kita cari lokasi fail di simpan. Buka fail tersebut dan jalankan perisian entiti creator tersebut.





Apabila telah siap di install kita akan run program Entiti Creator. Tapi bagi memudahkan kerja segala fail-fail yang di perlukan di muat turun dahulu. Seperti imej, bunyi dan sebagainya. Projek saya adalah mengenai jet pejuang. Oleh sebab itu saya telah muat turun model 3D jet pejuang dan juga bunyi untuk jet pejuang tersebut. Gambar di bawah ini menunjukkan fail-fail yang telah saya muat turun


Apabila semua telah tersedia kita sudah boleh memulakan tugasan. Tapi sebelum itu kita perlu register supaya kita boleh log in ke dalam dashboard Entiti Creator.


Apabila telah register akaun, kita boleh log in ke dalam program Entiti Creator. Selesai log in, kita akan di bawa ke paparan seperti di bawah.

Jika ini adalah log in pertama kali, maka tiada fail akan muncul di paparan di atas. Perkara pertama yang perlu di lakukan ketika ini adalah “Create New Project”. Apabila kita klik sahaja button tersebut, maka paparan seperti di bawah akan muncul.


Semasa dalam paparan ini, kita perlu memastikan bahawa kita berada di ruangan Augmented Reality. Untuk memudahkan kerja kita pilih sahaja 3D Model Viewer, letakkan nama file dan tekan button “Create”.

Paparan ini akan keluar selepas kita tekan button “Create”. Dalam projek ini saya akan masukkan model 3D Jet Pejuang bersama efek bunyi.

Klik pada “Image Target”. Image Target ini adalah imej yang akan kita jadikan asas untuk di imbas supaya imej 3D Jet Pejuang akan dapat di paparkan pada Smartphone. Berikut adalah imej yang telah saya pilih


Kita perlu “Upload new image target”, supaya imej tersebut boleh kita pilih dan pindahkan ke ruangan sebelah.

Kemudian kita perlu klik “Preview selected in scene”.

Image target itu telah terpapar di bawah gambar teko tersebut. Sekarang imej teko akan digantikan dengan imej Jet Pejuang.

Imej Jet Pejuang akan di masukkan dalam “Library”. Pada ruangan “SCENE” lihat menu di sebelah kanan. Klik pada “ 3D Model” dan klik button“Library”.

Imej Jet Pejuang di adjust sehingga keluar paparan pada ruangan “SCENE”.

Langkah yang sama perlu di buat untuk memasukkan efek bunyi jet.

Fail efek bunyi perlu di upload pada “LIBRARY” dahulu. Selepas itu pada “SCENE” kita perlu masukkan “3D Sound”.

Selain dari efek sound, efek 3D light juga boleh di masukkan supaya imej nampak lebih jelas.

Apabila kita sudah masukkan semua kita perlu “Save” dan kemudian “Publish”

HASIL AUGMENTASI REALITI JET PEJUANG

Video Tutorial AR menggunakan Entiti Creator

 
 
 

Comments


  • Facebook
  • Google Plus

Phone : 07-5610092

Blok T08, Bangunan Cluster, Fakulti Pengurusan, UTM, Skudai, Johor.

©2017 by Fauzan. Proudly created with Wix.com

bottom of page