top of page

Panduan Pengunaan Media Sosial Secara Profesional

  • Writer: Fauzan Shahidan
    Fauzan Shahidan
  • May 6, 2017
  • 2 min read

Hasil pemantauan MAMPU ke atas rangkaian ICT di Putrajaya Campus Network (PCN) mendapati sejumlah 19.96 juta transaksi capaian telah dilakukan ke atas laman-laman web jaringan sosial. Antara capaian tertinggi adalah ke atas laman web jaringan sosial www.facebook.com.

Daripada hasil pemantauan di dapati ada penyalahgunaan kemudahan Internet dalam Sektor Awam dengan melayari laman-laman web tersebut di waktu pejabat tanpa kawalan. Aktiviti ini juga akan menyebabkan prestasi rangkaian ICT agensi menjadi perlahan. Rangkaian yang perlahan akan menganggu capaian ke atas perkhidmatan online yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan imej Perkhidmatan Awam dan Kerajaan.

Maka di sebabkan oleh perkara tersebut pihak MAMPU telah memberi garis panduan dalam Pengunaan Media Sosial Secara Profesional



a) Pegawai Yang Mengendalikan Media Sosial

  • Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan;

  • Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan;

  • Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang awam;

  • Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan;

  • Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi;

  • Memastikan pautan dan kandungan antara laman web jaringan sosial dan laman web rasmi agensi hendaklah jelas dan tidak bertindih;

  • Menggunakan logo rasmi agensi di dalam laman web jaringan sosial;

  • Menggunakan e-mel rasmi di dalam profil laman web jaringan sosial;

  • Menggunakan foto dan/atau video yang dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam keadaan yang bersesuaian;

  • Memasukkan penerangan terhadap foto dan/atau video yang digunakan bagi membantu carian oleh pengguna;

  • Menggunakan perkataan hak cipta terpelihara pada semua kandungan foto dan/atau video;

  • Menggunakan ayat yang ringkas, padat, tepat dan jelas maksudnya; dan

  • Menyediakan penyataan penafian (disclaimer) terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna semasa menggunakan laman web jaringan sosial.

b) Pengguna

  • Mencapai laman web jaringan sosial yang hanya berkaitan dengan urusan rasmi agensi pada waktu pejabat;

  • Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya;

  • Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan;

  • Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan; dan

  • Tidak menggunakan laman web jaringan sosial untuk mengaibkan individu tertentu.


c) Pentadbir Rangkaian

  • Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi; dan

  • Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak mengganggu prestasi rangkaian di agensi.

Garis Panduan Media Sosial UTM

 
 
 

Comments


  • Facebook
  • Google Plus

Phone : 07-5610092

Blok T08, Bangunan Cluster, Fakulti Pengurusan, UTM, Skudai, Johor.

©2017 by Fauzan. Proudly created with Wix.com

bottom of page