top of page

Google Apps

  • Writer: Fauzan Shahidan
    Fauzan Shahidan
  • May 6, 2017
  • 2 min read

GMAIL

Mail dalam bahasa bermaksud surat. Email bermaksud e-surat atau surat elektronik. Gmail ialah surat elektronik yang di sediakan oleh Google kepada penggunanya secara percuma yang di panggil Gmail. Gmail ini memudahkan kita untuk berhubung secara langsung dengan rakan-rakan yang juga perlu ada surat elektronik. Melalui Gmail ini kita boleh menghantar dokumen dan gambar. Dengan Gmail juga kita boleh buat video call atau menghantar message melalui conversation.




Google Plus

Google + adalah satu aplikasi yang fungsinya hampir sama dengan Facebook. Google mewujudkan Google + untuk menyaingi Facebook. Ia bertujuan menggalakkan pengguna Google tidak menggunakan aplikasi lain sekain daripada aplikasi Google.


Google Calendar

Google juga menyediakan calendar. Calendar ini memudahkan kita menyimpan tarikh-tarikh penting yang perlu kita ingat. Calendar akan memberi kita reminder kepada tarikh-tarikh yang kita simpan. Calendar ini sangat berguna dalam pekerjaan saya sebagai Pembantu Makmal. Saya menggunakan Google Calendar ini sebagai satu medium dalam tempahan penggunaan makmal. Dengan cara ini saya dapat akses Calendar saya di mana sahaja saya berada termasuklah mengaksesnya dari telefon bimbit saya.

Google Drive

Dropbox, Skydrive dan iCloud adalah contoh ruang simpanan data secara maya. Google juga mempunyai cloud storage yang de kenali sebagai Google Drive. Di ruangan ini kita boleh menyimpan semua data yang penting tanpa perlu risau akan risiko di jangkiti serangan virus. Komputer sangat mudah untuk di jangkiti virus. Maka cloud storage menjadi satu alternatif untuk kita menyimpan atau menyelamatkan data penting dari hilang.


Google Docs, Sheets dan Slides

Fungsi Google Docs adalah sama dengan fungsi Microsoft Office Word, manakalo Google Sheets sama dengan Microsoft Office Excel dan Google Slides pula adalah seperti Microsoft Office Power Point. Kelebihan ketiga-tiga aplikasi ini adalah ia boleh di gunakan secara maya dan juga secara berkumpulan. Maksud berkumpulan ialah satu fail itu boleh di siapkan bersama-sama rakan yang di beri kebenaran sharing pada fail tersebut dan fail itu boleh di edit secara serentak oleh mereka yang mempunyai akses.


 
 
 

Comments


  • Facebook
  • Google Plus

Phone : 07-5610092

Blok T08, Bangunan Cluster, Fakulti Pengurusan, UTM, Skudai, Johor.

©2017 by Fauzan. Proudly created with Wix.com

bottom of page