top of page

LAPORAN LAWATAN KE MaGICX UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • Writer: Fauzan Shahidan
    Fauzan Shahidan
  • Apr 28, 2017
  • 2 min read

LAPORAN

LAWATAN KE MaGICX

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGENALAN MaGICX

MaGICX telah ditubuhkan pada tahun 2013. Ia adalah sebuah projek kerjasama antara UTM dan IRDA. Fokus MaGICX adalah kepada industri kreatif seperti animasi dan permainan. Ia adalah selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara di mana matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada orang-orang di dalam industri kreatif supaya dapat mengkomersialkan pelbagai idea, kreativiti serta inovasi mereka kepada dunia. MaGICX telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 6hb Disember 2016

MISI MaGICX

MaGICX bercita-cita menjadi Hub Kreativiti terbaru di Asia dengan mengekalkan diri sebagai pusat permainan yang mencipta harta intelek daripada pakar-pakar penyelidikan dan industri dalam pembangunan permainan disamping membangunkan program inkubator yang membantu dan memajukan syarikat baru untuk menjadi peserta industri bertaraf dunia dalam Gamification.

KEMUDAHAN MAKMAL INTERAKTIF DI MaGICX

  • Mixed and Virtual Environment Lab

  • Image Processing Lab

  • Computer Vision Lab

  • Multimedia Software Engineering Lab

  • Medical Computing Lab

  • Computer Interaction Lab

  • Human Interface Lab

  • Usability Lab

  • Animation and Creative Technology Lab

  • Game Anthology and Cultural Lab

  • Speech and Signal Processing Lab

  • Visualization Lab

  • Multi Device Lab

  • Multimedia and Software Innovation Lab

  • Emerging Technology Lab

OBJEKTIF PROGRAM

  • Meningkatkan pemikiran teknologi dan inovasi dalam diri pelajar Program Bridging.

  • Memberi pendedahan mengenai industri kreatif yang dibangunkan di MaGICX.

  • Memberi pendedahan kepada pelajar Program Bridging mengenai Teknologi Zaman Revolusi Industri 4.0

AKTIVITI PROGRAM

Program: Lawatan ke MaGICX UTM

Penyertaan: Pelajar Program Bridging


Program temubual bersama wakil MaGICX iaitu En. Ab Al-Hakam Bin Ab Rahman (Jurutera Sistem) ini diadakan untuk mendekatkan pelajar Program Bridging dengan dunia Gamification. Antaranya adalah mengenai keupayaan teknikal berteknologi yang ada di MaGICX iaitu Augmented and Virtual Reality, Microsoft Kinect, Leap Motion, Hologram, Data Glove, Motion Capture, Brain Computer Interaction, Simulation, Visualisation, Computer Vision, Advance CG dan 3D Printing.


Penerangan mengenai hasil karya dan ciptaan syarikat yang pernah berkerjasama dengan MaGICX. Antara syarikat yang pernah berkerjasama dengan MaGICX adalah Coolcode, Didi and Friends dan Animonsta. Kerjasama MaGICX dengan Coolcode telah menghasilkan perisian Rainbow Jawi.


Lawatan ke bilik latihan MaGICX. Bilik ini di lengkapi peralatan canggih seperti smartTV. Bilik ini kebiasaannya digunakan untuk mesyuarat, seminar dan juga latihan yang dianjurkan oleh MaGICX.


Lawatan ke ruangan di mana rekebentuk 3D di buat. Diruangan ini kami dapat melihat hasil-hasil rekabentuk 3D yang telah dihasilkan.


KUMPULAN SASARAN

Pelajar Program Bridging

Jumlah peserta : 21 orang

LOKASI DAN MASA PROGAM

Lokasi : MaGICX UTM Blok T03 Kampus Skudai

Tarikh : 28.04.2017

Hari : Jumaat

Masa : 9.00 am–12.00 pm

 
 
 

Comments


  • Facebook
  • Google Plus

Phone : 07-5610092

Blok T08, Bangunan Cluster, Fakulti Pengurusan, UTM, Skudai, Johor.

©2017 by Fauzan. Proudly created with Wix.com

bottom of page